WELCOME TO SKTP........

WELCOME TO SKTP........

SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Taman Puteri ditubuhkan pada 16 November 2003 dan mula digunakan pada 2 Januari 2004. Sekolah ini bermula dengan bilangan murid seramai 225 orang dan 18 orang guru serta 2 orang staf sokongan. Murid-murid terbahagi kepada 2 kelas Tahun 1, 2 kelas Tahun 2, 2 kelas Tahun 3 dan 2 kelas Tahun 4; menjadikan jumlah kelas adalah 8 buah.
Nama sekolah ini diambil bersempena nama sebuah taman perumahan berhampiran dengan sekolah ini iaitu Taman Perumahan Taman Puteri.
Dari segi lokasi, sekolah ini terletak dalam mukim Cheras, daerah Hulu Langat dan berhampiran dengan kondominium Venice Hill, Cheras, Selangor Darul Ehsan; serta tidak jauh dari dua sekolah jiran iaitu Sekolah Kebangsaan Taman Cuepacs dan Sekolah Kebangsaan Bukit Raya.

MINGGU KECERGASAN

Minggu Kecergasan peringkat SKTP telah diadakan pada 6 Ogos 2009 (Khamis) yang lalu. Pelbagai acara telah diadakan yang melibatkan semua warga SKTP. Antaranya termasuklah senamrobik, jalan-jalan sihat di kawasan sekitar SKTP, sukaneka, pertandingan mewarna dan melukis, kuiz kesihatan dan pameran kesihatan. Selepas murid-murid pulang, para guru bersama staf yang lain mengadakan barbeku bagi merapatkan lagi silaturrahim sesama mereka.



SAMBUTAN ISRAK DAN MIKRAJ SK TAMAN PUTERI

Sambutan Israk dan Mikraj peringkat SK Taman Puteri telah diadakan pada 24 Julai 2009 bersamaan 2 Syaaban 1430 yang lalu. Pelbagai acara telah dijalankan melibatkan semua murid. Aktiviti untuk murid bukan Islam juga telah diadakan.


SKTP JOHAN PERTANDINGAN NYANYIAN PADUAN SUARA DAERAH HULU LANGAT

Pada 23 Julai 2009 yang lalu telah diadakan pertandingan Nyanyian peringkat Daerah Hulu Langat di Blok E, PPD. SKTP telah menghantar penyertaan dalam kedua-dua kategori. Apabila keputusan diumumkan, pasukan nyanyian paduan suara SKTP telah menerima kejutan di mana telah diumumkan sebagai Johan bagi kategori Paduan Suara. Syabas diucapkan dan terima kasih juga atas segala usaha yang dicurahkan kepada semua peserta dan guru pembimbing sehingga tercapainya kejayaan tersebut. Para peserta terdiri daripada Nurfarhah, Nur Rabiah, Nurul Shifa dan Wan Husna manakala guru-guru pembimbing adalah Cikgu Zuffi dan Cikgu Latifah.

SKTP menang..!!!

Karnival Sains dan Teknologi Sekolah Rendah Daerah Hulu Langat telah diadakan pada 17-18 Jun 2009 di SK Lubuk Kelubi. Acara yang dipertandingkan adalah Story Telling(Science), Saintis Muda dan Eureka REE. SK Taman Puteri telah mewakili Zon Cheras ke peringkat daerah ini dalam acara Eureka REE. Ini merupakan cubaan kali pertama SKTP dalam acara ini dan tidak meletak harapan untuk menang tetapi sekadar untuk memberi pendedahan kepada murid-murid. Namun, tanpa disangka-sangka SKTP telah diumumkan sebagai Johan bagi acara ini.. Sungguh tidak diduga sama sekali. Tahniah diucapkan kepada empat orang murid yang mewakili SKTP iaitu Rahim Tay, Sushmitta, Anwar dan Aisyah dari Kelas 5 Dedikasi. Tidak lupa juga ucapan tahniah dan terima kasih kepada guru-guru pembimbing Cik Adzliana dan Pn. Norhayati serta En. Huzairy(guru praktikum) yang telah membimbing dan menyumbang idea sehingga tercapainya kejayaan ini. Dengan kejayaan ini, SKTP akan mewakili daerah Hulu Langat ke peringkat negeri di Sabak Bernam bagi acara ini pada 24-25 Jun 2009 akan datang. Semoga akan terus berjaya.... SKTP hebat...!!


LADAP di SKTP

Setakat ini LADAP telah dijalankan sebanyak 4 kali iaitu pada 18 April 2009 (EduWebTV), 13 dan 14 Mei 2009 (Pengurusan Stress/Etika dan Protokol) dan 23 Mei 2009 (Perancangan Strategik) yang lalu. Kursus terakhir iaitu Perancangan Strategik telah diadakan di Pusat Sumber Sekolah dari jam 8.00 pagi hingga 4.30 petang. Penglibatan dan komitmen daripada semua guru SKTP amat memberansangkan. Suasana kerja juga amat ceria, mesra dan seronok hingga tidak terasa bahawa jam telahpun menunjukkan pukul 4.30 petang iaitu masa untuk menutup sesi. Syabas dan terima kasih cikgu-cikgu semua!

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH 2009

Sambutan Hari Guru peringkat sekolah telah diadakan pada 21 Mei 2009 (Khamis) yang lalu. Pelbagai acara telah diadakan termasuklah sukaneka, permainan bola tampar dan futsal dan sesi persembahan guru dan murid. Sebelah petangnya juga diadakan pertanding bowling di Mines Wonderland. Sesungguhnya sambutan telah berjalan dalam penuh suasana kemesraan dan menyeronokkan.
"GURU PEMBINA NEGARA BANGSA"
Terima kasih cikgu......

____________________________________________________
KURSUS MOTIVASI UPSR DAN 'PARENTING' IBU BAPA TAHUN 6
____________________________________________________________
TARIKH: 28 MAC 2009 (SABTU)
TEMPAT: DEWAN (IBU BAPA)
PUSAT SUMBER SEKOLAH (MURID)
MASA: 8.00 AM - 12.00 PM
PENGANJUR: UNIT B&K dan PIBG SKTP

Majlis akan diakhiri dengan "Bicara Akademik" antara guru mata pelajaran teras Tahun 6 dengan para ibu bapa.
Semua murid dan ibu bapa murid Tahun 6 dijemput hadir.

RAKAMAN KURSUS MOTIVASI UPSR & 'PARENTING' IBU BAPA TAHUN 6

Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-6 telah selamat diadakan seperti butir-butir berikut:

TARIKH: 7 MAC 2009 (SABTU)
MASA: 8.45 am
TEMPAT: DEWAN SK TAMAN PUTERI

Majlis telah dirasmikan oleh Tn. Hj. Rajli bin Sukri, PPT (Penyelia Kanan Sek. Ren. PPDHL). Ucapan terima kasih SKTP atas kesudian menyempurnakan perasmian majlis tersebut.
Sambutan daripada ibu bapa amat menggalakkan. Terima kasih juga kepada semua pihak yang telah menjayakan kedua-dua majlis tersebut.

Lawatan 5A ke Langkawi

Lawatan 5A ke Langkawi
Lawatan telah diadakan pada 9 Februari 2009 yang lalu. Perbelanjaan bagi murid-murid cemerlang ini telah ditaja sepenuhnya oleh pihak-pihak tertentu yang mana termasuk perbelanjaan tambang kapal terbang Air Asia, makan minum dan bayaran masuk ke Langkawi Cable Car dan Underwater World. Beberapa orang guru juga termasuk Guru Besar Pn. Adonie turut berminat ikut serta dengan belanja sendiri bagi memeriahkan lagi lawatan ini. Terima kasih diucapkan kepada pihak penaja yang telah berusaha menjayakan program ini yang merupakan motivasi untuk murid-murid SKTP mengejar kecemerlangan. Semoga usaha murni ini akan dapat diteruskan bagi tahun-tahun akan datang.

RAKAMAN AKTIVITI PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM KALI KE-3 2008

Tarikh: 17 Okt - 19 Okt 2008
Tempat: Perkarangan Sekolah
Bilangan peserta: 88 orang

Susunan khemah-khemah peserta kem

Pertandingan Memasak

Pertandingan Memasak
Persiapan bahan-bahan masakan..

Nasi mentah..!! No problem, tambah aje lagi air...

Banyaknya kayu api nak menggoreng telor..!!

Hmm...Sedapnya masakan kita......

Sehingga menjilat jari..!!

LADAP (29 Julai 2008): Peningkatan Motivasi dan Profesionalisme Kakitangan Awam

LADAP (29 Julai 2008): Peningkatan Motivasi dan Profesionalisme Kakitangan Awam
Bergambar kenangan bersama penceramah Tn. Hj. Husim